Quantcast
Channel: SEMBANGFILEM
Viewing all 1467 articles
Browse latest View live

Gambar Set Terbaharu Filem Dune Memperlihatkan Watak Paul Atreides

$
0
0
Kami ada sedikit pengalaman bermain permainan video Dune 2000 suatu masa dahulu. Nama-nama seperti Atreides, Harkonnen, Ordos, dan Planet Arrakis bukanlah asing bagi kami. Gaya permainan yang saling tak ubah seperti genre permainan video Command & Conquer: Red Alert menyebabkan ianya mudah dimainkan. Pada masa itu, permainan video tidaklah secanggih permainan video sekarang ini.


Permainan video Dune pernah diadaptasikan ke filem dan ditayangkan pada 14 Disember 1984 dan mencatatkan kutipan sebanyak hanya USD30.9 juta, berbanding kos pembikinan sebanyak hampir USD40 juta. Kini,  Warner Bros. Pictures dalam proses menghasilkan filem terbaharu Dune, yang diarahkan oleh Denis Villeneuve dan merupakan adaptasi dari novel karya Frank Herbert. Saksikan gambar-gambar dari set filem Dune di bawah:



Filem Dune menampilkan barisan pelakon utama seperti Timothée Chalamet (Call Me By Your Name), Rebecca Ferguson (Mission: Impossible — Fallout) dan Oscar Isaac (Star Wars: The Last Jedi). Selain itu, turut ditampilkan adalah barisan pelakon yang tidak kurang hebatnya seperti Zendaya (Spider-Man: Far From Home) Jason Momoa (Aquaman), Dave Bautista (Guardians of the Galaxy), Javier Bardem (No Country For Old Men), Stellan Skarsgard (Thor: The Dark World), Charlotte Rampling (The Night Porter) dan Josh Brolin (Avengers: Endgame).



Dune dijadualkan untuk tayangan di pawagam pada 18 Disember 2020. Walau bagaimanapun, dengan pandemik COVID-19 yang melanda dunia, ada kemungkinan berlakunya penundaan tarikh tayangan filem ini nanti.


Poster Terbaharu Wonder Woman 1984 Diperlihatkan - Diana Memegang Lasso of Truth

$
0
0

Studio perfileman Warner Bros. telah memperlihatkan poster terbaharu filem Wonder Woman 1984, menampilkan Diana Prince/ Wonder Woman memegang Lasso of Truth. Saksikan poster tersebut di bawah : 



Filem Wonder Woman 1984 menyaksikannya berdepan dengan penjahat baharu, iaitu The Cheetah. Gal Gadot kembali melakonkan watak Diana Prince/ Wonder Woman, manakala Kristen Wiig pula tampil melakonkan watak penjahat bergelar The Cheetah. Selain itu, Chris Pine turut kembali sebagai Steve Trevor, namun tidak dapat dipastikan bagaimana watak ini akan dikembalikan semula ke layar perak, memandangkan watak berkenaan telah menemui ajal dalam filem terdahulu. 

Patty Jenkins kembali mengarahkan filem Wonder Woman 1984, manakala Jenkins, Charles Roven, Deborah Snyder, Zack Snyder, Stephen Jones, dan Gal Gadot bertindak sebagai penerbit.

BERKAITAN: Warner Bros. Akhirnya Menangguhkan Tayangan Filem Wonder Woman 1984

Filem Wonder Woman 1984 sepatutnya dijadualkan untuk tayangan pada 5 Jun ini, namun kini telah dijadualkan semula untuk tayangan pada 14 Ogos 2020 akibat penularan wabak COVID-19 di seluruh dunia. Wonder Woman merupakan watak berdasarkan komik DC hasil karya William Moulton Marston.

BoBoiBoy Movie 2 Akan Ditayangkan Di Netflix Bermula 1 Jun - Dengan Babak Tambahan Yang Belum Pernah Ditayangkan

$
0
0

Filem BoBoiBoy Movie 2 versi tambahan ini mempunyai durasi tayangan yang lebih panjang dan boleh ditonton pelanggan Netflix di Asia Tenggara bermula 1 Jun 2020


Netflix dilaporkan telah memperoleh hak penstriman eksklusif untuk menayangkan filem animasi pecah panggung BoBoiBoy Movie 2 di rantau Asia Tenggara, dengan 7 minit babak tambahan yang belum pernah ditayangkan di pawagam sebelum ini. Filem BoBoiBoy Movie 2  dari Monsta ini telah memecahkan pelbagai rekod selepas ditayangkan secara meluas di lebih 500 pawagam di serata Malaysia, Indonesia, Singapura, Brunei dan Vietnam, dan telah menjadi fenomena di kalangan peminat muda dan juga dewasa. 

Filem BoBoiBoy Movie 2 versi tambahan ini mempunyai durasi tayangan yang lebih panjang iaitu 117 minit berbanding 110 minit untuk versi tayangan pawagam, dan semua pelanggan Netflix di Asia Tenggara akan dapat menontonnya secara eksklusif bermula 1 Jun 2020 dalam Bahasa Malaysia dan juga Bahasa Inggeris. Selain itu, BoBoiBoy Movie 2 di Netflix juga akan dipaparkan bersama sarikata pelbagai bahasa seperti Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, Bahasa Cina, Bahasa Thai, Bahasa Vietnam, dan juga Bahasa Indonesia untuk satu pengalaman yang lebih imersif.



Menurut Pengurus Perolehan Kandungan Netflix Asia Tenggara, Raphael Phang, beliau berkata:

“Di Netflix, kami sentiasa percaya bahawa cerita yang hebat boleh dinikmati di mana-mana sahaja, dan oleh itu kami amat gembira dengan kerjasama kami bersama Monsta untuk membawakan BoBoiBoy Movie 2 kepada semua pelanggan kami di Asia Tenggara. Dengan jalan cerita hebat dan animasi yang berkualiti tinggi, kami berasa tidak sabar untuk melihat para pelanggan dan seisi keluarga mereka untuk mengikuti pengembaraan BoBoiBoy dan mengalami satu pengalaman yang menakjubkan. Ia adalah satu bentuk hiburan yang boleh dinikmati bersama-sama.”

CEO Monsta pula, Nizam Abd Razak telah dipetik memberikan kata-kata berikut: 

“Sepanjang 11 tahun penubuhan Monsta, para peminat kami telah berkembang ke merata pelusuk dunia dengan sejumlah besar darinya adalah dari rantau Asia Tenggara,” “Studio kami sentiasa berusaha agar kandungan animasi kami dapat diakses oleh semua penonton tanpa mengira batasan sempadan. Oleh itu, kerjasama bersama Netflix telah membuka peluang bagi Monsta untuk melebarkan sayapnya ke seluruh rantau ini, dan para penonton akan dapat menikmati BoBoiBoy Movie 2 di dalam keselesaan rumah masing-masing.”

BoBoiBoy Movie 2 mengisahkan tentang BoBoiBoy, seorang superhero elemental yang mengembara bersama rakan-rakannya untuk menewaskan musuh jahat bernama Retak’ka yang nekad untuk merampas kuasa-kuasa BoBoiBoy demi menakluk galaksi. Dengan gabungan aksi dan komedi serta visual yang mengagumkan, BoBoiBoy Movie 2 telah menawan hati 2.5 juta penonton dengan kutipan sebanyak RM30 juta sepanjang tayangan di pawagam, dan ia merupakan antara filem terlaris dalam sejarah perfileman Malaysia. 


Monsta berharap dengan tayangan BoBoiBoy Movie 2 di Netflix bermula 1 Jun ini, penonton-penonton baharu dari serata Asia Tenggara akan dapat merasai sendiri pengalaman unik dan menakjubkan apabila menonton BoBoiBoy Movie 2 versi terulung ini bersama seisi keluarga.

Netflix Akan Menghasilkan Siri One Piece - Berdasarkan Watak Manga Terkenal Jepun

$
0
0

Netflix dilaporkan bakal menghasilkan siri live-actionOne Piece, yang merupakan manga terkenal dari negara Jepun. Terbaharu, penerbitnya, Marty Adelstein telah memberikan perkembangan baharu terhadap siri live-actionOne Piece tersebut.


Dalam satu temubual bersama SyFy Wire, pengasas dan CEO Tomorrow Studios, Marty Adelstein menyatakan : 

“We have basically all 10 scripts written. We will start casting when we go back. My suspicion is June 1, but we will start doing our casting. We have a lot of names that we’re talking about, and we should be in production in September. We have been working very closely with Sensei Oda. So, we’re going to get started, and this one is very big. I mean, Snowpiercer was a big production; this is even bigger.”

Manga One Piece ditulis dan diilhamkan oleh Eiichiro Oda, mengisahkan watak bernama Monkey D. Luffy, ketua kepada kumpulan lanun yang mempunyai kebolehan luarbiasa untuk menukar bahagian badannya menjadi seumpama getah selepas memakan buah yang dikenali sebagai Devil Fruit. Dalam komik, beliau dan kumpulannya mengembara di lautan luasa dalam usaha mencari harta karun legenda dikenali sebagai One Piece dan akan menobatkannya sebagai Raja Lanun.

Manga One Piece telah diadaptasikan kepada beberapa medium seperti beberapa filem animasi, siri animasi di TV yang telah memasuki 20 musim, pelbagai jenis permainan video, malahan turut mempunyai restoran dan taman tema khusus untuk peminat manga berkenaan di Japan, Taiwan dan Hong Kong.

Jalan cerita siri One Piece akan ditulis oleh Steven Maeda yang akan turut bertindak sebagai penerbit eksekutif bersama-sama Matt Owens (Agents of S.H.I.E.L.D.), Marty Adelstein dan Becky Clements dari  Tomorrow Studios, dan penulis manga One Piece sendiri, Eiichiro Oda.

Adaptasi manga One Piece berkenaan merupakan kerjasama kedua antara Tomorrow Studios dan Netflix, selepas penghasilan adaptasi untuk siri Cowboy Bebop. Walau bagaimanapun, produksi untuk siri berkenaan terpaksa ditangguhkan sehingga penghujung tahun ini akibat kecederaan di set melibatkan pelakon utamanya, John Cho. 

Selain itu, Netflix turut akan menghasilkan adaptasi untuk siri Avatar: The Last Airbender dan sambungan terhadap adaptasi dari filem Death Note.

Sah! Justice League Versi Snyder Cut Memang Wujud, Bakal Ditayangkan Di Saluran HBO Max

$
0
0
Telah heboh di media sosial sebelum ini tentang kewujudan filem Justice League versi sebenar pengarah asal, Zack Snyder sebelum diambil alih Joss Whedon akibat isu keluarga yang melanda Zack Snyder pada ketika itu. Malah, terdapat petisyen di kalangan peminat filem DC, dan kewujudan tanda pagar #ReleaseTheSnyderCut mengesahkan memang terdapat permintaan tinggi para peminat untuk melihat filem Justice League berkenaan, atau seringkali dirujuk sebagai Justice League Snyder Cut


Kini, Warner Bros. secara rasminya mengesahkan kewujudan versi filem berkenaan, dan filem Justice League versi Snyder Cut itu bakal ditayangkan di saluran HBO Max pada tahun 2021!

Menurut laporan dari The Hollywood Reporter (THR), Snyder telah diberikan bajet tambahan sebanyak antara USD20-30 juta untuk menyiapkan proses suntingan, kesan khas dan lain-lain persiapan filem tersebut sebelum ditayangkan di HBO Max. Namun, tarikh sebenar tayangannya masih belum ditetapkan lagi. 


Susulan pengumuman tersebut, Zack Snyder turut mengeluarkan kenyataan seperti berikut:

“I want to thank HBO Max and Warner Brothers for this brave gesture of supporting artists and allowing their true visions to be realized. Also a special thank you to all of those involved in the SnyderCut movement for making this a reality”.

Berikut pula adalah kenyataan rasmi daripada Pengerusi Warner Media Entertainment dan Direct-To-Consumer, Robert Greenblatt:

“Since I got here 14 months ago, the chant to #ReleaseTheSnyderCut has been a daily drumbeat in our offices and inboxes. Well, the fans have asked, and we are thrilled to finally deliver. At the end of the day, it really is all about them and we are beyond excited to be able to release Zack’s ultimate vision for this film in 2021. This could never have happened if it weren’t for the hard work and combined efforts of the teams at HBO Max and Warner Bros. Pictures”.


Justice League dibintangi Ben Affleck sebagai Batman, Henry Cavill sebagai Superman, Gal Gadot sebagai Wonder Woman, Jason Momoa sebagai Aquaman, Ezra Miller sebagai The Flash, Ray Fisher sebagai Cyborg, Willem Dafoe sebagai Nuidis Vulko, Jesse Eisenberg sebagai Lex Luthor, Jeremy Irons sebagai Alfred Pennyworth, Diane Lane sebagai Martha Kent, Connie Nielsen sebagai Ratu Hippolyta, J.K. Simmons sebagai Commissioner Gordon dan Amy Adams sebagai Lois Lane.

Justice League telah ditayangkan pada November 2017, namun menerima kritikan yang bercampur baur dari para pengkritik dan peminat filem. Walaupun dipuji dari aspek aksi dan kesan khas, namun gaya pengarahan Snyder dan Whedon dapat dilihat dengan ketara dalam beberapa babak filem berkenaan. Apatah lagi ramai peminat melihatkan Whedon terbawa-bawakan gaya pengarahan filem 'seteru' atau saingan kepada Justice League, iaitu Avengers, menyebabkan jalan cerita Justice League yang tidak konsisten. Dengan bajet USD$300 juta, filem Justice League tidak mendatangkan keuntungan yang diharapkan, meskipun mengutip sebanyak USD658 juta.

Saksikan Trailer Filem Animasi Pendek Legend Of Ancient Borneo - Menggunakan Bahasa Kadazan Sepenuhnya

$
0
0

Sebuah komik fantasi pendek hasil karya Kwan Thung Seng (atau lebih dikenali sebagai Aks Kwan) dan Robertson Sondoh Jr. berlatarkan cerita rakyat di Sabah, telah diangkat menjadi sebuah filem animasi pendek dan diberi tajuk Legend of Ancient Borneo. Menariknya, filem pendek ini akan menggunakan bahasa Kadazan sepenuhnya!


Diterbitkan oleh All-For-One Productions dan diarahkan oleh Geoffrey Sinn, Legend of Ancient Borneo dikhabarkan turut akan dijadikan siri TV, seperti mana yang dilaporkan melalui satu temubual bersama The Star.

Filem Legend of Ancient Borneo menggunakan bahasa Kadazan sepenuhnya sebagai usaha untuk menonjolkan budaya masyarakat pribumi  Sabah, selain menonjolkan kemampuan pelapis animasi tempatan. 

Saksikan trailer filem Legend of Ancient Borneo di bawah :


Ini sudah tentunya satu kebanggaan terbaharu buat negara tercinta Malaysia ini, dalam usaha mengetengahkan lagi budaya masyarakat Malaysia yang berbilang kaum ini ke seluruh dunia.

Syabas kepada bakat animasi tempatan Sabah!

Henry Cavill Bakal Kembali Melakonkan Watak Superman?

$
0
0

Khabar angin terbaharu dari Hollywood kini melaporkan yang Henry Cavill dikatakan bakal melakonkan kembali watak ikonik dari komik DC, iaitu Superman! Laporan seperti mana dilaporkan oleh portal The Wrap menyatakan sedemikian, selepas Cavill dilaporkan 'tidak sehaluan' dengan studio Warner Bros. selepas penggambaran filem Justice League. 



Walaupun Cavill dilaporkan telah 'dilepaskan' dari watak berkenaan sejak 2018 lagi, namun dalam beberapa temubual selepas itu, beliau menyatakan masih berminat untuk melakonkan watak Superman dan tidak keberatan untuk membawakan watak berkenaan sekiranya ditawarkan. Adakah ini bermakna beliau akan muncul dalam filem Justice League versi Snyder Cut nanti? Sama-sama kita nantikan.

Cavill pertama kali muncul melakonkan watak Superman dalam filem Man of Steel (2013), disusuli filem Batman v Superman: Dawn of Justice (2016) dan Justice League (2017), yang akhirnya menjadi titik tolak apabila beliau dikhabarkan tidak akan muncul lagi sebagai Superman dalam filem Warner Bros selepas ini. Ianya berpunca dari sesi penggambaran semula filem Justice League, sehingga menimbulkan perbalahan antara Warner Bros. dan Cavill sendiri kerana menyebabkan gangguan terhadap jadual satu lagi filemnya ketika itu, iaitu Mission: Impossible — Fallout terbitan Paramount Pictures. Walaupun dikhabarkan akan muncul sebagai cameo dalam filem Shazam!, namun selepas 'dilepaskan' dari watak Superman, apa yang ditampilkan dalam filem Shazam! hanyalah sut Superman versi Cavill sahaja tanpa menunjukkan muka aktor terbabit. 


Buat masa ini, Cavill sibuk dengan siri fantasi The Witcher yang ditayangkan di Netflix, yang mana akan memasuki musim kedua tidak lama lagi. 

Sah! Sambungan Filem Sonic The Hedgehog Akan Dihasilkan

$
0
0

Awal tahun ini, kita semua dapat menyaksikan filem adaptasi permainan video, Sonic the Hedgehog di layar perak. Permainan video ikonik dari Sega itu mendapat sambutan yang menggalakkan daripada peminat filem, jadi tidaklah menghairankan apabila Paramount Pictures mengesahkan yang mereka dalam perancangan menghasilkan filem Sonic the Hedgehog 2 pula!



Walaupun pengumuman ini masih terlalu awal dan belum ada lagi pengumuman pelakon yang akan tampil dalam filem sambungan tersebut, namun pengarahnya, Jeff Fowler dijangka akan kembali mengarahkan sambungan filem Sonic the Hedgehog.

Pada awalnya, filem Sonic the Hedgehog telah dijadualkan untuk tayangan di pawagam pada November 2019, namun selepas komen dan kritikan dari penonton awal yang mempertikaikan arah tuju rekabentuk dan perincian Sonic dalam trailer terdahulu, menyebabkan Paramount terpaksa menunda tarikh tayangan kepada 14 Februari 2020 dan merekabentuk semula rupa dan penampilan Sonic supaya lebih hampir menyerupai Sonic dalam permainan video. Strategi ini ternyata berhasil, apabila Sonic the Hedgehog merekodkan kutipan sebanyak USD306 juta berbanding kos penbikinan sebanyak USD95 juta.

Filem Sonic the Hedgehog mengisahkan tentang Tom Wachowski, seorang anggota polis di kawasan luar bandar di Green Hills, yang mengambil keputusan untuk membantu membebaskan Sonic daripada entiti kerajaan yang cuba memerangkapnya. Filem Sonic the Hedgehog diarahkan oleh Jeff Fowler dan diterbitkan oleh Tim Miller (Terminator: Dark Fate).


Barisan pelakon filem Sonic the Hedgehog termasuklah Jim Carrey sebagai Dr. Robotnik/ Eggman dan James Marsden sebagai Wachowski, di samping Adam Pally, Tika Sumpter dan Natasha Rothwell. Ben Schwartz memberikan suara untuk watak Sonic dalam filem tersebut.


Monsta Terpaksa Menangguhkan Pelancaran Siri Terbaharu, Mechamato Akibat COVID-19

$
0
0

Sebelum ini, beberapa studio perfileman dan penerbitan siri TV luar negara telah mengumumkan penundaan tarikh tayangan dan penggambaran filem dan siri TV terbaharu mereka akibat wabak COVID-19. Syarikat produksi tempatan di negara kita juga turut terkesan. 


Terbaharu, Monsta mengumumkan penundaan pelancaran siri terbaharu mereka, iaitu Mechamato akibat pandemik COVID-19. Berita ini dikongsikan oleh CEO Monsta, Nizam Razak di laman Facebook peribadinya. Kenyataan penuh beliau adalah seperti di bawah :





Menurutnya, produktiviti dan prioriti tenaga kerja Monsta sedikit terganggu kerana perlu bekerja dari rumah / WFH (work from home) selama beberapa bulan. Menurutnya lagi, perancangan awal mereka adalah untuk mengeluarkan filem Mechamato pada penghujung tahun ini, kemudiannya disusuli oleh siri Mechamato. Walau bagaimanapun, disebabkan keadaan yang tidak menentu, filem Mechamato terpaksa ditunda ke tahun 2021, dan akan disusuli dengan siri Mechamato pula selepas itu.

Walau bagaimanapun, peminat BoBoiBoy boleh menarik sedikit nafas lega. Menurutnya, Monsta kini sedang dalam perancangan untuk siri BoBoiBoy baharu yang akan dikenali sebagai B.I.G. Apakah yang dimaksudkan dengan B.I.G. tersebut? Sama-samalah kita nantikan pengumuman terbaharu dari Monsta nanti. 

KL Motion Picture Kini Giat Mencari Pelakon Untuk Drama Kampung People 2

$
0
0
Drama Kampung People mencetuskan fenomena yang luar biasa bagi drama terbitan tempatan. Dengan jalan cerita yang bersahaja dan barisan pelakon yang mampu menghidupkan suasana dan mengggeletek emosi penonton, tidak hairanlah jika sambutan yang diterima di kalangan penonton sangatlah menggalakkan. 

Kredit gambar : Instagram Riena Diana

Kampung People dibintangi barisan pelakon hebat seperti Elly Mazlein, Rashidi Ishak, Riena Diana, Kamarul Eqifshah, Namron, Fizz Fairuz, Hun Haqeem, Razak Ahmad dan Haeriyanto Hassan. Kini, syarikat penerbitan Kampung People, iaitu KL Motion Pictures sedang dalam pencarian bakat-bakat baharu untuk ditampilkan dalam drama Kampung People 2! Apa yang diperlukan hanya dengan mengikut langkah-langkah di bawah :


Mudah kan? Jika anda mempunyai kriteria yang dikehendaki oleh syarikat penerbitan berkenaan, inilah masanya untuk menampilkan bakat-bakat yang terpendam tersebut.

Manalah tahu, sebenarnya rezeki korang adalah dalam bidang lakonan kan? Bolehlah bermula dalam drama Kampung People 2. 

Les' Copaque Melancarkan Siri Animasi Terbaharu Bertajuk Upin & Ipin: The Helping Heroes

$
0
0


Studio animasi tempatan, Les' Copaque Production baru-baru ini telah melancarkan siri animasi terbaharu mereka bertajuk Upin & Ipin: The Helping Heroes.


Berita berkenaan dikongsikan di laman sosial rasmi Les' Copaque,  yang menampilkan sedikit perbezaan berbanding watak-watak dalam siri animasi Upin dan Ipin sebelum ini.

Buat pertama kalinya, siri animasi terbaharu Les' Copaque ini akan menggunakan Bahasa Inggeris asas sebagai bahasa pengantar, untuk memudahkan para penonton memahaminya terutamanya kepada kumpulan sasar utama yang merupakan kanak-kanak. 

Les' Copaque turut memperlihatkan teaser trailerUpin & Ipin: The Helping Heroes yang sehingga kini telah mencatatkan sebanyak lebih 400 ribu tontotan. Saksikan teaser trailerUpin & Ipin: The Helping Heroes dilihat di bawah: 


Ketika entri ini diterbitkan, Upin & Ipin: The Helping Heroes telah mempunyai 1 episod bertajuk Head, Shoulders, Knees & Toes.

Filem Mechamato Akan Ditayangkan Sebelum Siri Animasi Tetapi Ditangguh ke Tahun 2021 Akibat COVID-19

$
0
0

Dalam satu pengumuman media mengejut, Monsta telah mendedahkan bahawa filem mereka yang seterusnya, Mechamato Movie kini dalam proses pembikinan dan akan membuat kemunculan di layar perak dahulu diikuti dengan siri animasi Mechamato. Mechamato Movie yang padal awalnya dirancang untuk ditayangkan pada penghujung tahun 2020, terpaksa ditangguhkan ke tahun hadapan disebabkan wabak COVID-19.



Meskipun Monsta belum mendedahkan apa-apa maklumat, kewujudan Mechamato Movie telah memulakan spekulasi dan perbincangan dalam kalangan peminat yang terkejut dengan perancangan syarikat itu untuk menayangkan Mechamato di layar perak terlebih dahulu. Pada bulan April yang lalu, Monsta telah melancarkan sebuah video pandang pertama berdurasi 3 minit dari siri animasi Mechamato yang telah mengumpul lebih 6.5 juta tontonan dari seluruh platform atas talian Monsta.    


Pengumuman mengejut itu telah dibuat oleh CEO Monsta sendiri, Nizam Abd Razak di Facebook yang menyatakan: 

“Berita sedih untuk peminat. Disebabkan pandemik COVID-19, Monsta terpaksa menundakan rilis Mechamato tahun ini. Produktiviti dan perancangan kami terganggu disebabkan WFH (work from home) dan keadaan ‘market’ yang tidak menentu. Sebenarnya kami merancang untuk mengeluarkan Mechamato Movie akhir tahun 2020 ini, dan kemudian disusuli oleh Mechamato Series. Disebab keadaan yang tidak menentu, Mechamato Movie akan dianjak ke 2021 dan kemudian akan disusuli oleh Mechamato Series”.


Mechamato berkisarkan pengembaraan seorang pemuda bernama Amato yang secara tidak sengaja menjadi pemilik MechaBot, sebuah Power Sphera yang mempunyai kebolehan untuk ‘Mechanize’ dengan objek lain. Bersama-sama, mereka boleh bergabung menjadi seorang wira berperisai, Mechamato. Kemunculan Amato yang telah dewasa dalam babak pasca-kredit BoBoiBoy Movie 2 telah mendedahkan identiti beliau sebagai ayah kepada BoBoiBoy.     

Di samping itu, Monsta ada berita gembira untuk para peminat: Sebuah projek BoBoiBoy baru yang dikenali sebagai B.I.G. sedang dalam pembikinan. Menurut CEO Monsta, projek B.I.G. bukanlah BoBoiBoy Galaxy Musim 2 tetapi sesuatu yang baharu. BoBoiBoy Galaxy Musim 2 pula hanya akan diterbitkan dalam bentuk komik buat masa ini.  

Meskipun wabak COVID-19 terus memberi kesan terhadap kehidupan seharian kita, Monsta berharap agar para peminat dari Malaysia dan seluruh dunia tetap memberi sokongan kepada syarikat itu untuk menghasilkan kandungan mesra keluarga yang berkualiti tinggi buat tatapan semua. 

Evan Peters Bakal Tampil Sebagai Watak Utama Dalam Siri Disney+ WandaVision?

$
0
0

Menurut laporan dari Murphy’s Multiverse, pelakon dari siri filem X-Men sebelum ini, iaitu Evan Peters, dikhabarkan telah menandatangi kontrak untuk muncul sebagai salah satu watak utama dalam siri Disney+ terbaharu, iaitu WandaVision!


Jika pendedakan ini disahkan benar, ini merupakan suatu perkembangan yang menarik. Menurut komik Marvel, watak Pietro Maximoff/ Quicksilver merupakan adik-beradik kembar Wanda Maximoff/ Scarlet Witch. Sebelum ini, Peters melakonkan watak berkenaan dalam filem X-Men terbitan 20th Century Fox. Selain itu, kedua-dua watak Quicksilver (lakonan Aaron Taylor-Johnson) dan Scarlet Witch turut ditampilkan dalam filem Avengers: Age of Ultron terbitan Marvel Studios, namun watak Quicksilver'dimatikan' di penghujung filem berkenaan. Berbanding versi MCU, Quicksilver versi Evan Peters lebih mendapat tempat di kalangan peminat X-Men dan menerima pujian di kalangan peminat filem Marvel. Jadi tidak hairanlah jika benar laporan yang menyatakan beliau akan kembali melakonkan watak Quicksilver dalam siri WandaVision.


Berlatarkan tahun 1950-an, WandaVision akan menyaksikan Elizabeth Olsen dan Paul Bettany menyambung watak mereka dari filem sebagai Wanda Maximoff /Scarlet Witch dan Vision. Dijangkakan yang siri WandaVision akan menjelaskan bagaimana Vision kembali selepas 'kematiannya' di penghujung filem Avengers: Infinity War. Selain mereka berdua, Kat Dennings (melakonkan watak Darcy dalam filem Thor) dan Randall Park (melakonkan watak ejen FBI Jimmy Woo dari filem Ant-Man and the Wasp) turut akan muncul dalam siri tersebut.

Beberapa gambar dari set penggambaran yang didedahkan sebelum ini turut mengesahkan penampilan pasukan khas Sentient World Observation and Response Department atau S.W.O.R.D., yang merupakan subdivision S.H.I.E.L.D. yang berurusan dengan ancaman makhluk asing yang mengancam keselamatan dunia. 


Selain Elizabeth Olsen dan Paul Bettany, Teyonah Parris turut akan tampil membintangi siri WandaVision sebagai Monica Rambeau versi dewasa, yang mana watak berkenaan sebelum ini tampil sebagai seorang kanak-kanak dalam filem Captain Marvel

Penggambaran Filem, Drama, Iklan Dan Lain-Lain Dibenarkan Bermula 10 Jun

$
0
0

Dalam sidang media harian yang berlangsung semalam, Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob telah memaklumkan bahawa penggambaran filem, drama, iklan dan lain-lain seumpamanya akan dibenarkan bermula 10 Jun (Rabu minggu hadapan). 


Walau bagaimanapun, setiap penggambaran perlu mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan, seperti memastikan penjarakan sosial, menjaga kebersihan diri, mengehadkan keberadaan petugas di set penggambaran dan lain-lain lagi. 

"Sebelum ini saya telah maklumkan bahawa mesyuarat memutuskan untuk membenarkan penggambaran filem, iklan, drama dan sebagainya. Saya sebutkan waktu itu, ia boleh bermula selepas Raya. Maka hari ini kita putuskan ia boleh memulakan operasi bermula 10 Jun. Namun aktiviti penggambaran mesti patuhi SOP diputuskan dalam mesyuarat terutama memastikan penjarakan sosial dan tidak memulakan perhimpunan yang ramai dan sebagainya," katanya dalam sidang media harian berkenaan di Putrajaya.

Dalam sidang media sebelum ini, beliau memaklumkan keputusan sama ada membenarkan industri itu beroperasi semula akan diputuskan selepas Aidilfitri selepas mendapat pandangan daripada pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN).

Keputusan ini sudah tentunya menimbulkan sedikit kelegaan kepada penggiat industri seni dan kreatif di negara ini, yang rata-ratanya terkesan sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi mengekang penularan wabak COVID-19.

Kurang Dari 6 Bulan Sebelum Hak Tayangan Watak Daredevil Kembali Kepada Marvel Studios

$
0
0

Berita ini sudah tentunya membuat peminat Marvel ternanti-nantikan versi Marvel Studios untuk watak The Man Without Fear tersebut


Sebelum ini, pengumuman pelancaran saluran penstriman sendiri oleh Disney, diberi nama Disney+, menyebabkan beberapa siri Marvel TV di Netflix telah dibatalkan. Antara yang terkesan adalah siri Daredevil, yang ketika itu baru sahaja memasuki musim ketiga tayangan. 


Kini, pendedahan terbaharu mengesahkan yang tinggal kurang dari 6 bulan sahaja lagi sebelum hak tayangan Daredevil kembali berpatah balik kepada Marvel Studios. 

Walaupun watak Daredevil secara rasminya dimiliki oleh Disney, namun perjanjian terdahulu antara Marvel Television dan Netflix telah membolehkan Netflix mempunyai hak penstriman eksklusif terhadap apa jua kandungan yang menampilkan watak berkenaan selama 2 tahun.  


Kini, telah 18 bulan berlalu, dan tidak lama lagi hak eksklusif watak Daredevil akan kembali kepada Marvel Studios. Di media sosial pula, tanda pagar #SaveDaredevil sedang giat digunakan oleh peminat siri Netflix Daredevil, yang sebelum ini dibatalkan selepas hanya 3 musim ditayangkan, yang dikatakan berpunca akibat pelancaran saluran penstriman Disney+. 

Sehingga kini, lebih dari 350,000 peminat telah menandatangani petisyen untuk 'memujuk' Marvel Studios menghidupkan semula siri TV Daredevil. Jika benar Marvel Studios mendengar keluhan peminat dan menghidupkan semula siri TV berkenaan, sudah tentunya Marvel akan menggunakan peluang ini untuk menghasilkan Daredevil versi reboot mengikut acuan mereka sendiri. 


Filem Aksi Tempatan, Wira Bakal Ditayangkan Di Netflix

$
0
0
Gergasi penstriman antarabangsa, Netflix dilaporkan telah memperolehi hak tayangan untuk untuk tayangan filem aksi tempatan, iaitu Wira di saluran penstriman mereka. 


Filem Wira diarahkan oleh Adrian Teh, menampilkan Hairul Azreen sebagai Hassan dan mengisahkan bagaimana Hassan cuba untuk menyelamatkan keluarganya yang tersepit dek hutang darah dengan Raja (lakonan oleh Dain Iskandar Said). Filem aksi ini turut menampilkan pelakon hebat dari Indonesia, Yayan Ruhian yang merupakan koreografer aksi terkenal dan pernah terlibat dalam filem John Wick. Filem Wira diterbitkan secara bersama oleh Multimedia Entertainment, ACT 2 Pictures, Golden Screen Cinemas, Astro Shaw dan Primeworks Studios. Filem Wira ditayangkan di lebih dari 100 pawagam di Malaysia, Brunei, Singapura dan Indonesia.

Netflix akan menayangkan filem Wira secara rasmi bermula 15 Jun ini, dan akan dilengkapkan dengan sarikata Bahasa Inggeris dan Bahasa Malaysia.

Sebelum ini, Netflix pernah menayangkan beberapa filem tempatan termasuklah Pulang, Munafik 2, Polis Evo, Sangkar, Dendam Pontianak, Paskal: The Movie dan Crossroads: One Two Jaga.

Saksikan Trailer Pertama Filem Bill & Ted Face The Music - Menampilkan Keanu Reeves

$
0
0

Saksikan Trailer Pertama Filem Bill & Ted Face The Music - Menampilkan Keanu Reeves


Pada tahun 1989, filem Bill & Ted telah ditayangkan dan merupakan filem komedi-sains fiksyen menampilkan watak William “Bill” S. Preston Esq. (lakonan Alex Winter) dan Ted “Theodore” Logan (lakonan Keanu Reeves). Bill & Ted merupakan peminat muzik metal yang menjalani perjalanan merentas masa. Filem berkenaan berupaya mengumpulkan pengikutnya tersendiri, dengan dua filem sambungan iaitu Bill & Ted's Excellent Adventure (1989) dan Bill & Ted's Bogus Journey (1991), selain beberapa spin-off seperti siri animasi TV, permainan video, dan komik. 


Filem terbaharu dari francais filem berkenaan, bertajuk Bill & Ted Face The Music akan ditayangkan pada 22 Ogos ini. Sehubungan itu, kini diperlihatkan trailer pertama filem Bill & Ted Face the Music. Saksikan trailer tersebut di bawah :


Selain itu, turut diperlihatkan adalah poster filem Bill & Ted Face The Music :


Bill and Ted Face the Music akan ditayangkan di pawagam pada 22 Ogos 2020 ini.

Warner Bros. Sekali Lagi Menangguhkan Tarikh Tayangan Filem Wonder Woman 1984

$
0
0

Warner Bros. Sekali Lagi Menangguhkan Tarikh Tayangan Filem Wonder Woman 1984

Selepas mengumumkan penangguhan tayangan filem terbaharu arahan Christopher Nolan, bertajuk Tenet, kini Warner Bros. telah mengumumkan pula penangguhan tarikh tayangan filem kesembilan dalam senarai filem DC Extended Universe (atau DCEU), iaitu Wonder Woman 1984. Berbanding tarikh asal iaitu pada pada 14 Ogos tahun ini, kini filem Wonder Woman 1984 dijadualkan untuk tayangan pada 2 Oktober 2020. 



Sebagai rekod, ini merupakan perubahan tarikh tayangan kelima untuk filem Wonder Woman 1984.

Filem Wonder Woman 1984 menyaksikannya berdepan dengan penjahat baharu, iaitu The Cheetah. Gal Gadot kembali melakonkan watak Diana Prince/ Wonder Woman, manakala Kristen Wiig pula tampil melakonkan watak penjahat bergelar The Cheetah. Selain itu, Chris Pine turut kembali sebagai Steve Trevor, namun tidak dapat dipastikan bagaimana watak ini akan dikembalikan semula ke layar perak, memandangkan watak berkenaan telah menemui ajal dalam filem terdahulu. 

Patty Jenkins kembali mengarahkan filem Wonder Woman 1984, manakala Jenkins, Charles Roven, Deborah Snyder, Zack Snyder, Stephen Jones, dan Gal Gadot bertindak sebagai penerbit.


Filem Wonder Woman 1984 pada awalnya dijadualkan untuk tayangan pada 13 Disember 2019, sebelum ditunda ke 1 November 2019. Namun akibat penularan wabak COVID-19, filem berkenaan ditunda sekali lagi ke 5 Jun 2020, dan ditunda kali keempat ke 14 Ogos 2020. Kini, tarikh tayangan terbaharu Wonder Woman 1984 ditetapkan pada 2 Oktober 2020. Wonder Woman merupakan watak berdasarkan komik DC hasil karya William Moulton Marston.

Saksikan Poster Filem The Hitman's Wife's Bodyguard - Bakal Ditayangkan Pada 2021

$
0
0

Saksikan Poster Filem The Hitman's Wife's Bodyguard - Bakal Ditayangkan Pada 2021

Aktres Salma Hayek baru-baru ini ada berkongsikan poster filem terbaharunya, iaitu The Hitman's Wife's Bodyguard di Instagram peribadinya.


 Filem The Hitman's Wife's Bodyguard merupakan sambungan kepada filem The Hitman's Bodyguard (2017) dan dibintangi oleh Ryan Reynolds, Samuel L. Jackson, Gary Oldman dan menampilkan Salma Hayek sebagai pelakon utama. Walau bagaimanapun, disebabkan pandemik COVID-19 di seluruh dunia, filem berkenaan sebaliknya akan ditayangkan pada tahun hadapan. 


Dalam filem The Hitman's Bodyguard, Reynolds melakonkan watak Michael Bryce, seorang bodyguard yang ditugaskan untuk melindungi seorang pembunuh upahan iaitu Darius Kincaid (Jackson), yang bakal memberikan keterangan untuk membantu satu kes di mahkamah. Hayek pula melakonkan watak isteri kepada Kincaid, bernama Sonia, yang dibebaskan dari penjara sebagai syarat untuk memastikan suaminya memberikan keterangan di mahkamah. 

Selain Reynolds, Jackson, dan Hayek, filem The Hitman's Wife's Bodyguard akan turut menampilkan Frank Grillo, Richard E. Grant, Tom Hopper, Antonio Banderas dan Morgan Freeman. The Hitman's Wife's Bodyguard diarahkan oleh Patrick Hughes, dan dijadualkan untuk tayangan pada 20 Ogos 2021.

Tarikh Tayangan Filem Tenet Turut Ditangguhkan Oleh Warner Bros.

$
0
0

Tarikh Tayangan Filem Tenet Turut Ditangguhkan Oleh Warner Bros.


Selain Wonder Woman 1984, satu lagi filem terbitan Warner Bros turut ditangguhkan tarikh tayangannya, iaitu filem Tenet arahan Christopher Nolan. 


Pengerusi Warner Bros. Pictures Group, Toby Emmerich telah mengeluarkan kenyataan seperti berikut :

“We’re especially thrilled, in this complex and rapidly changing environment, to be bringing Christopher Nolan’s Tenet, a global tentpole of jaw-dropping size, scope and scale, to theaters around the world on July 31. It’s been longer than any of us could’ve imagined since we’ve seen a movie on the big screen, and to acknowledge Chris’ fans as we count down to ‘Tenet’’s opening day, we are also excited to offer his masterpiece ‘Inception’ in theaters for its 10th anniversary on July 17”.

Untuk yang masih belum melihat trailer filem Tenet, saksikanlah ianya di bawah:


Trailer filem Tenet berkenaan sememangnya mempunyai vibe filem arahan Christopher Nolan, dengan gaya shot penggambaran dan soundtrack yang juga seakan-akan filem trilogi Batman arahannya. 


Christopher Nolan sebelum ini mencipta nama dengan mengarahkan filem bebas, bertajuk Memento (2001), sebelum mencipta nama dengan mengarahkan trilogi filem Batman, bermula dengan Batman Begins pada tahun 2005. Filem-filem lain yang diarahkan beliau adalah seperti The Prestige, The Dark Knight, The Dark Knight Rises, Inception, Interstellar dan Dunkirk.

Filem Tenet pada awalnya dijadualkan untuk tayangan pada 17 Julai 2020, namun kini telah ditangguhkan kepada 31 Julai 2020. Selain Tenet, Warner Bros. turut menangguhkan tarikh tayangan Wonder Woman 1984 ke 14 Ogos 2020.

Viewing all 1467 articles
Browse latest View live